assalamualaikum...
baca tajuk dah buat kita terkejutkan, tapi tu la hakikatnya. ada dikalangan kita yg kehilangan laptop? kehilangan bukan disebabkan rosak, tapi disebabkan kes curi?? (dalam nada geram)
untuk pengetahuan korang, bukan aku yang kehilangan laptop tu. tapi kawan baik aku merangkap sahabat sejati aku. dari semalam telefon buruk aku ni (line maxis) diam jer tido dalam handbag. dah lama aku tak buka intai-intai. tiba-tiba kejap tadi tergerak hati aku nak tengok kalau-kalau ada mesej. 'guess what?', aku dapat satu (1) mesej yang sangat mengejutkan aku bila kawan baik aku mesej cakap hilang laptop. dalam mesej tu dia cakap cermin kereta pakwe dia (kawan baik aku jugak) kena pecah dan laptop kawan aku tu hilang kena curi. kes ni berlaku di Puncak Alam malam tadi. tanpa buang masa, cewahhh... aku terus telefon dia untuk tanya keadaan dia. dia cakap masa tu nk ke pasar malam. dalam masa 15 minit jer dorang tinggalkan kereta. laptop dah tak de. cermin tingkap pecah. orang tu tak ada perasaan bersalah ke ambil barang orang?? dunia mungkin terlepas, tapi nanti di akhirat tak terlepas dah. kesian betul kat mangsa-mangsa ni. macam-macam barang penting ada dalam laptop, lastly hilang camtu jer.
so, kat sini aku ada nak bagi beberapa tips:
1) pertama sekali, sekiranya nak kemana-mana pastikan bateri tu dibuang/dicabut daripada laptop. biasanya pencuri laptop boleh mengesan dengan hanya melalui kita punya bateri laptop. untuk selamat, mohon sangat cabut/buang bateri tu. ini untuk elakkan orang boleh kesan kewujudan laptop kita walaupun kita dah letak ditempat yang kita rasa selamat bagi simpan barang-barang penting. tapi, pencuri bila dah nak ke lubang cacing pun dia cari kalau kita tak berhati-hati.
2) jangan letak ditempat yg mudah orang nampak. contohnya dalam kereta, tak kira lar bawah kerusi pemandu ker kerusi penumapang ker dalam drawer depan ker. ehhh,tetiba..muat ker??hihi
3) sebelum keluar untuk tinggalkan kereta/bilik asrama/rumah dan sebagainya pastikan tiada apa-apa yang mencurigakan dan pelik di sekitar kita.
4) letak password pada account dalam laptop atau apa-apa yang menyukarkan si pencuri laptop untuk terus setia dengan laptop kita.
5) jika bawa laptop dalam beg, pastikan beg tu mampu menjaga laptop. contohnya, memakai beg sandang.
6)jangan tinggalkan laptop dalam bilik hotel atau sebagainya. mengelakkan berlaku kes yang tak diingini.
7) sebaik-baik buat back up file dalam pendrive atau sebagainya sebagai langkah berjaga-jaga.
8) gari tangan dengan laptop macam dalam gambar tu. haha
#sekiranya laptop dah dicuri, amalkan doa untuk meminta si pencuri itu lembut hati untuk mengembalikan barang yang dah dicuri..kepada si pencuri tu udah-udah ler buat sikap tak bertimbang rasa tu yep.. :)
take care, peace!
..........
No comments:
Post a Comment
terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen...
jasamu dikenang... :)