Monday, December 24, 2012

Jodoh

assalamualaikum...




JODOH...seperti semua tahu yang jodoh itu adalah rahsia ALLAH swt...walau sekuat mana kita setia, sehebat mana kita merancang, selama mana kita menunggu, setabah mana kita bersabar, sejujur mana kita menerima kekasih kita, tapi jika ALLAH tidak menulis jodoh kita bersama kekasih kita tadi, kita tetap tidak akan bersama dengannya...kesimpulannya, terimalah takdir yang ditetapkan oleh-NYA...ini kerana tulang rusuk & pemiliknya takkan pernah bertukar dan akan bertemu pada saat yang ALLAh tetapkannya, InsyaAllah...



p/s: banyakkan berdoa, insyaAllah... think +ve!



:)
take care, peace!
..........

Wednesday, December 5, 2012

Hatiku bukan bahan ujikaji


assalamualaikum..

awak,kenapa ngan awak ni?? suka buat saya sakit hati..suka buat saya menangis...awak tau tak, bila awak tak de dalam hidup saya, saya rasa kehilangan..tapi awak tetap buat hal ngan saya...saya tahu awak nak saya tinggalkn awak..kn..kn... :(
awak langsung tak endahkan perasaan saya...awak sebenarnya nak apa?? nak main2kan perasaan saya yer?? jaga lar hati sume perempuan macam awak jaga hati awak...

meskipun air mata saya jatuh disebabkan awk..
saya mohon sangat2 ngan awak,..

"kalau awak tak sayangkan saya buat cara tak sayang, 
dan tolong, tolong jangan bagi saya harapan serta janji palsu kat saya...
sebab hati saya ni bukan bahan uji kaji awak..."


:)
take care, peace!
.......... 

Saturday, December 1, 2012

Air mata


assalamualaikum..


kadang-kadang kita tak menangis kerana mencintai seseorang, tetapi kita menangis kerana berharap agar mampu untuk berhenti daripada mencintai orang tersebut..

sebenarnya bagi aku air mata kita ni kadang-kadang lebih istimewa dari sebuah senyuman...
kerana,
senyuman boleh diberi kepada sesiapa sahaja tetapi tangisan hanya dapat dititiskan untuk orang yang tersayang dan tercinta sahaja...


p/s : buat diriku, senyum :) dan cuba lupakan dia!






take care, peace!
.......... 




Friday, November 30, 2012

Cekalkan hatiku


assalamualaikum..

kadang-kadang, bukan semua yang kita hajatkan akan jadi kenyataan..
tapi itu yang akan buatkan kita lebih kuat berusaha dan terus kuatkan diri kita, perbaiki apa yang kurang agar hari esok jauh lebih baik dari hari ini.

jadikan pengalaman lalu sebagai satu pengajaran supaya kita sedar betapa pentingnya perjalanan hidup ini.
biarkan yang berlalu itu terus meninggalkan kita supaya kita lebih cekal dan tabah untuk hadapi hari berikutnya.

p/s: Ya Allah, cekalkan hatiku dlm hadapi dugaan yang Kau berikan pada hambaMu ini..




:)
take care, peace!
..........

Wanna Ali - Lepaskan








Ku jadi tidak tentu arah, entah apa yang ku khuatiri,
sejak terjadi cerita itu, cerita itu, 
makan minum ku dah tak terjaga, asyik memikirkan tentang kamu,
mungkinkah benar mengapa ku tidak menyedari,
lepasknlah lepaskan semua, tiada makna jika bersama,
dalam hidupku oh setiap hari, yang kita pasti ada masalah,
lepaskanlah lepaskan semua, tiada makna jika bersama,
dalam hidupku oh setiap hari yang kita pasti ada masalah,dengannya...

Ku jadi tidak tentu arah, entah apa yang ku khuatiri,
sejak terjadi cerita itu, cerita itu.

lepaskanlah lepaskan semua, tiada makna jika bersama,
dalam hidupku oh setiap hari, yang kita pasti ada masalah,
lepaskanlah lepaskan semua, tiada makna jika bersama,
dalam hidupku oh setiap hari yang kita pasti ada masalah,dengannya...






p/s : aku cari lagu ni semata-mata utk kamu...tp, bila diingatkan balik aku yang sedih dgr lagu ni...aku yang alami ni semua bukannya kamu.. :(



take care, peace!
.......... 




Wednesday, November 28, 2012

Hargai sebelum hilang

assalamualaikum...



buat kamu, hari ni buat pertama kalinya kita berpisah...kamu hadir dlm hidup aku hanya seketika tapi dah cukup buat aku bahagia walaupun akhirnya aku ditinggalkan...semoga kamu bahagia dengan pilihanmu...maafkan aku yang tak pernah mengerti bahasa cintamu...
i miss every moments with you!.


p/s : kerinduan hanya datang setelah kita kehilangan seseorang yang kita sayang.
jadi hargailah apa kita sayangi selagi ianya masih di sisi, sebelum dia melangkah pergi.


:)
take care, peace!
..........

Friday, November 23, 2012

Jangan bagi layanan istimewa

assalamualaikum...

dedikasi ni utk awak, dear..
awak, awak dah ada kekasih
jadi tolong sangat-sangat jangan layan orang lain istimewa sangat ehh
takut nanti hati orang tuh akan sakit dikemudian hari.
dan tak mustahil awak akan dapat balik pe yang awak buat kat orang
awak akan tau macam mana rasanya

awak cakap awak dah buat pilihan, takut nak dengar keputusan pilihan awak tu
tapi saya tahu sebenarnya ni awak cuma keliru
saya pun dah terangkan kekeliruan awk tuu
jadi, awak teruskan jer ok, saya cuma gangguan dalam hidup awak
pape pun, bersyukur dapat kenal dan kawan ngan awak
awak bagi saya banyak kenangan dan layanan yang buat saya rasa dihargai dan disayangi :)

all da best final exam ni...harap dapat konvo sama2

take care, peace!
..........


Tuesday, October 9, 2012

Makna kawan dan sahabat

Assalamualaikum…


Mula-mula n fes sekali kita tanya pada diri sendiri, sebenarnya bagus ke kita ni? ok ke? Teruk ker? Cari di mana kelemahan dan kekurangan diri kita. Tanya pada diri adakah kita sudah cukup dengan sahabat yang ada sekarang? Adakah mereka setia disisi kita tatkala susah dan senang bersilih ganti? Adakah mereka sudi menunjukkan jalan yang betul kepada kita? Adakah mereka berani menegur kesilapan yang kita lakukan dengan tujuan mahu kita berubah ke arah kebaikan?

Tapi kebanyakan ramai di kalangan kita tak sedar, sebenarnya amat sukar untuk mencari seseorang insan yang bernama kawan dan dalam masa yang sama boleh diistilah sebagai sahabat.

Sebenarnya terdapat banyak perbezaan antara kawan dengan sahabat...
Kawan à orang yang tinggalkan kita bila kita perlukan sokongan dan bantuan,,tapi dia datang bila memerlukan pertolongan bila melihat kita senang.
Sahabat à orang yang selalu bersama kita dan bersedia membantu dan menghulurkan pertolongan disaat kita perlukan dia dalam semua keadaan tak kira susah senang.. sahabat tetap setia menemani hari2 mendatang bersama kita.



:)
take care, peace!
..........

Tuesday, September 25, 2012

Cinta masih ada

Assalamualaikum...

CINTA...kalau bercakap soal cinta, mesti semua yang hangat dilamun cinta akan tersenyum membaca entry ni...huhu :)

Aku bukannya pakar dalam soal cinta jauh sekali doktor cinta... walaupun pernah berangan nak jadi doktor zaman sekolah dulu..tapi bukan berangan nak jadi doktor cinta lar,,huhu
Ishhh...daripada terus mengarut, kita teruskanlah yep... :)

Hmm...CINTA....apa yang korg faham tentang CINTA???

Bagi aku...kadang-kadang kalau difikirkan balik bila bersama orang yang kita cinta, kita sanggup dan boleh lakukan perkara-perkara yang bodoh dan tak masuk akal...asalkan org yang kita cinta dan diri kita sendiri bahagia dan tersenyum bila disisi masing-masing...yer dak??huhu...
tapi...bagi yang kecewa disebabkan cinta...jgn difikirkan kerana cinta masih datang kepada: (siap bagi senarai lg tuh...hihi)
  • orang yang masih mempunyai harapan, walaupun mereka telah dikecewakan. 
  • mereka yang masih percaya pada cinta, walaupun mereka telah dikhianati. 
  • mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelum ini dan,
  • mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membina kembali kepercayaan pada cinta itu sendiri.
akhir sekali, kuatkan hati...tabahkan diri...selamat berjuang...




p/s : x tau lar sesuai ker tajuk dgn entry...muahaha



:)
take care, peace!
..........

Sunday, September 23, 2012

Kesempurnaan pada sebuah kehidupan



Assalamualaikum...


Sememangnya kita sering mengharapkan yang sempurna pada sebuah kehidupan…
Walaupun berjuta impian, keinginan dan harapan yang dilakarkan...namun, x semuanya dapat kita capai…kerana segalanya telah diatur oleh Allah…

Kadang-kadang kita sering mengeluh dengan setiap dugaan yang diterima..
Sedangkan pernah tak kita terfikir yang semua tu sebenarnya adalah untuk kita mengingati Dia..
Itu juga tanda Dia masih mengingati kita sebagai hambanya…

Kita tidak tahu apa yang akan terjadi esok kalau kita mengalah pada hari ini...
Oleh itu, janganlah kita mengeluh atau merungut dengan setiap dugaan yang diterima,, sebaliknya selalu mengingati Dia di saat susah dan senang..

Semoga setiap langkah perjalanan hidup kita dan apa yang kita lakukan akan diberkati Allah selalu...Amin...


:)
take care, peace!
..........

Wednesday, September 5, 2012

surprise befday party

assalamualaikum...


pagi ni aku ada presentation final project...pd awalnya aku rasa tenang cz aku dh tahu panel dh trima tajuk yg kami suggest tu..tp bila tggl bbrpa minit nk present bru rasa takut n gementar tu muncul...secepat hilang rasa tenang tu secepat tu jgk rasa takut n gementar muncul...huhu...final project ni by grup...kami kaji psl slh 1 prbezaan buku baru n buku lama dlm industri pmbinaan ni...alhamdulillah,panel very understanding n support kami ngn projek yg dh kami bentangkn..

sblh ptg tu, aku ke kelas mcm biasa...time duk dlm kelas tu, membe aku (tggl serumah) ckp nk g kfc..aku on jelaa...blk umh sewa,,kwn2 aku yg laen (wani bunny, ayu zawawi, mia sara, eha fatiha) dh x de kt umh..yg cik fifiey n cik najeeha tgh b'siap nk kua...tp x ksh lar...ktorg p kfc ber4 (aku, yann's sarif, myra suria, julie jue)...aku ngn myra sibuk2 sembang nk order mknan,tibe2 julie n yann ckp x yh order lar,,naek dulu..dia ckp rmai org bratur, walhal x ramai pn org, kaunter pn byk buka..pelik bin ajaib nih..smpai ats..aku tgk kt 1 meja tu ada mknan penuh ngn ayam kfc n 1 kotak kek...tp yg peliknya,kek x de kt dlm...dlm 2 3 minit lps tu..kwn2 aku yg laen dtg bwk kek..rupanya dorg dh rncg nk surprise kn aku ngn myra...befday myra 28 ogos..aku plk dlm beberapa ari lg..oleh krn,nk save budget dorg smbut skali...x ksh lar yg tu...tp ya Allah,time tu terharunya rasa...bila masa dorg rncng pn aku x tahu..siap sume pakai baju purple lg...huhu...tenks korg~




:)
take care, peace!
..........

Wednesday, August 29, 2012

10 Jenis Lelaki Patut Ditinggalkan

kacak bukan pilihan






1. Lelaki yang sering mengucapkan kata sayang tetapi tidak mahu atau tidak bersedia untuk menjalinkan hubungan yang lebih serius walaupun anda sudah mengenalinya sudah bertahun-tahun. Ini bermakna bahawa anda bukan orang yang diinginkannya. Mungkin anda juga tiada di dalam kamus hidupnya.



2. Lelaki yang sentiasa menghubungi anda tanpa mengira waktu. Selalunya lelaki jenis ini akan mengeluarkan kata-kata manis apabila dia sangat memerlukan anda. Tetapi apabila anda memerlukannya dia langsung tidak muncul atau memberi banyak alasan untuk mengelak.



3. Lelaki yang selalu mengajak anda keluar hanya sebagai teman tapi mesra. Kemana sahaja hanya anda berdua. Ibarat merpati dua sejoli dari pandangan orang lain. Malangnya dalam hati lelaki itu tidak terdetik langsung untuk mengisi anda dalam ruang hatinya yang kosong itu. jangan buang masa anda dengan lelaki seperti ini.



4. Lelaki yang sudah mempunyai kekasih hati tetapi tetap mahukan anda. Selalunya lelaki jenis ini mempunyai ramai teman wanita dan hanya mahu memenuhi nafsunya sahaja.



5. Lelaki yang hanya memandang dirinya sahaja yang betul. Pandangan dan apa yang dibuat anda adalah salah. Selalunya ketika menjalinkan hubungan dengan lelaki jenis ini anda sering dimarahi atau ditengking kononnya anda saja yang bersalah dalam sesuatu hal. kadang kala hal yang kecil juga diperbesarkan.



6. Lelaki yang naif dan mementingkan diri sendiri. Selalunya lelaki jenis ini tidak akan faham akan kehendak wanita. Walaupun anda telah berterus terang mengenai sesuatu tetapi dia tetap tidak mengendahkannya. Lelaki jenis ini sering menganggap semua perkara adalah remeh dan selalu mengambil mudah sesuatu perkara.



7. Lelaki yang tidak tahu kehendak dirinya sendiri. Jika lelaki jenis ini tidak mengetahui apa kehendak dirinya sendiri, cuba anda bayangkan bagaimana dia hendak memahami masalah anda jika hidup bersamanya nanti.



8. Lelaki yang tetap akan mengganggu anda. Walaupun sudah diberitahu yang anda terlalu sibuk tetapi lelaki ini tidak memperdulikannya. Lelaki jenis ini selalunya hanya ingin berkepit siang dan malam.



9. lelaki yang suka memburukkan lelaki lain dengan harapan anda akan menjauhi lelaki yang diburukkan olehnya itu. Lelaki jenis ini selalunya kuat cemburu dan akan cuba sedaya upayanya supaya anda tidak akan berhubung dengan lelaki lain. Relakah anda dikongkong oleh lelaki jenis ini?



10. Lelaki yang tidak dapat memberikan layanan yang betul pada wanita. Anda tidak nampak ciri kepimpinan pada lelaki jenis ini. Bagaimana anda mahu sandarkan segala harapan pada lelaki seperti ini nanti?

Thursday, August 9, 2012

Klangit Band - Sesal Mendua


bestnya suara dia...ingatkan band indon...tapi rupanya anak jati m'sia... :)





Klangit Sesal Mendua Lirik

Dulu
Aku pandang diriku
Kekasih yang setia
Tak pernah berdusta

Kini
Aku mulai merasa
Sedap hati mendua
Perlahanku tinggalkan kamu

Tapi
Semakin jauh aku
Semakin aku rindu
Rindukan kamu

Menyesal aku putuskan kamu
Kerna ternyata aku tak mampu
Menahan siksa azab cintamu
Aduh aduh mana tahan batinku

Mungkin
Mungkinkah kita bisa
Perbaiki semua
Kembali bersama

Kerna semakin jauh aku
Semakin aku rindu
Rindukan kamu

Menyesal aku putuskan kamu
Kerna ternyata aku tak mampu
Menahan siksa azab cintamu
Aduh aduh mana tahan batinku

Benar apa kau ucapkan dulu
Takkan mudah ku lepaskan kamu
Menyesal aku curangi kamu
Aduh aduh Tuhan tolong aku

Menyesal aku tinggalkan kamu
Kerna ternyata aku tak mampu
Menahan siksa azab cintamu
Aduh aduh mana tahan batinku

Benar apa kau ucapkan dulu
Takkan mudah ku lepaskan kamu
Menyesal aku curangi kamu
Aduh aduh Tuhan tolong aku

Menyesal aku putuskan kamu
Kerna ternyata aku tak mampu
Menahan siksa azab cintamu
Aduh aduh mana tahan batinku



:)
take care, peace!
.......... 

Saturday, June 23, 2012

Salam perkenalan

assalamualaikum...


::this is my 1st post::


aku bukannya pandai berpuisi..
aku bukannya pandai berkata-kata..
aku bukannya pandai berseni..
aku bukannya pandai bermadah pujangga..
tapi,
jika ada silap dan salah mohon tunjukkan...
salam perkenalan...


#credit to my lovely sis, nadya cause sudi mekap aku punye blog...hehe..nice!


:)
take care. peace!
..........