Tuesday, October 9, 2012

Makna kawan dan sahabat

Assalamualaikum…


Mula-mula n fes sekali kita tanya pada diri sendiri, sebenarnya bagus ke kita ni? ok ke? Teruk ker? Cari di mana kelemahan dan kekurangan diri kita. Tanya pada diri adakah kita sudah cukup dengan sahabat yang ada sekarang? Adakah mereka setia disisi kita tatkala susah dan senang bersilih ganti? Adakah mereka sudi menunjukkan jalan yang betul kepada kita? Adakah mereka berani menegur kesilapan yang kita lakukan dengan tujuan mahu kita berubah ke arah kebaikan?

Tapi kebanyakan ramai di kalangan kita tak sedar, sebenarnya amat sukar untuk mencari seseorang insan yang bernama kawan dan dalam masa yang sama boleh diistilah sebagai sahabat.

Sebenarnya terdapat banyak perbezaan antara kawan dengan sahabat...
Kawan à orang yang tinggalkan kita bila kita perlukan sokongan dan bantuan,,tapi dia datang bila memerlukan pertolongan bila melihat kita senang.
Sahabat à orang yang selalu bersama kita dan bersedia membantu dan menghulurkan pertolongan disaat kita perlukan dia dalam semua keadaan tak kira susah senang.. sahabat tetap setia menemani hari2 mendatang bersama kita.



:)
take care, peace!
..........